Label

Ahad, 7 Ogos 2011

sebenarnya cinta (1)

VERSI AQILAH AFIQAH :

Inai merah menghiasi jari jemariku dengan penuh indah. Seketika lagi, setelah selesai upacara akad nikah dan sempurna lafaznya, maka selamatlah aku menjadi isteri kepada seorang insan yang belum pernah aku ketemu. Insan yang bakal menjadi ketua dalam rumah tangga ku dan insyaAllah bapa kepada anak – anakku. Ops… hehe dah terlanjur pula aku berangan.
Jika sebelum ini aku cuma membayangkan apa yang kakak – kakak aku rasa semasa bakal diijabkabulkan. Hari ini aku pula yang hadapi semua ini. Haru – biru jiwa aku Allah sahaja yang tahu. Seribu satu rasa ada dalam kepala aku sekarang ini.
Walaupun aku bukanlah orang yang memandang sangat paras rupa, aku berani katakan tipulah jika aku tidak cuba membayangkan wajah bakal suamiku ini. Bukan keluarga aku yang tidak benarkan aku mengenali tunangku, tetapi aku yang menolak. Kononnya nak belajar terima dia seadanya apabila sudah berkahwin nanti. Tapi yang pasti, dia lebih tua daripadaku 4 tahun, bekerja di Kuala Lumpur dan merupakan adik ipar kepada kawan ayahku.
Menurut gosip dari kakak – kakak aku, tunang akuni pernah kecewa dan putus tunang. Jadi dimudahkan pemahamnku, diapun macam aku jugalah, terima keputusan keluarga sebab dah penat nak cari jodoh. Pemalas betul, hehehe.
Degup jantungku makin kencang apabila mendengar riuh rendah diluar rumah.
“ Mak long, rombongan lelaki dah sampai,” terdengar jeritan sepupu kecilku yang sememangnya telah kami tugaskan sebagai speaker sekiranya rombongan lelaki dah sampai.
Kesian juga aku tengok budak tu. Dari tadi berdiri dibawah pokok kelapa hadapan rumah aku untuk menyampaikan maklumat. Apataknya, rombongan lelaki saat – saat akhir hubungi ayah dan maklumkan bahawa mereka pagi tadi baru bertolak dari Pahang jadi mungkin lambat sedikit sampai. Katanya pengantin lelaki tidak dapat cuti awal. Terpikir juga aku, agaknya tunangku ini tidak begitu berminat untuk berkahwin. Macam mana agaknya penerimaan dia terhadap aku nanti kalau belum kahwinpun dah macamni. Bimbang juga aku, tapi aku tak boleh biarkan tanggapan pertama ini membuatkan aku dingin dengan suamiku nanti.

VERSI AFIF ASLAH :
Penat perjalananku dari Kuala Lumpur ke Pahang masih belum habis terpaksa pula aku teruskan untuk ke Terengganu. Penat yang amat. Ini semua pasal ketua aku yang gedik itulah. Aku dah bagi surat permohonan cuti sebulan lebih awal. Boleh pula dia cakap aku gatal nak kahwin muda – muda. Gila agaknya. Aku ni dah umur 27 tahun. Rasulullah kahwinpun umur 25. Dah kira akuni extra lagi 2 tahun. Inipun keluarga aku dah tak habis – habis membebel. Katanya tak pernah ada keturunan yang memilih sampai macam aku. Akhirnya cuti aku cuma diluluskan bermula hari ini.
Bayangkan, harini aku akad nikah dan bersanding, petang semalam pukul 7 malam aku baru bertolak dari KL ke kampung aku. Inipun mujur rakan – rakan aku ramai yang rela hati untuk tolong backup aku kalau ada sebarang masalah yang memerlukan kehadiran aku sepanjang aku bercuti.
Sakit hatipun ada juga bila terkenangkan ketua aku si Sally tu. Ramai – ramai orang bawahan dia, kenapalah aku juga yang dia nak berkenan. Kalau muda boleh juga aku cuba, ni tak. Dah lah sebaya mak aku, muka plak macam gorila tak makan setahun. Aku tak kira, nanti bila bos besar nak buka cawangan baru di Terengganu, aku nak minta tukar kat sana. Kalau tak dapat juga, aku sanggup berhenti kerja.
“ Hoi cik abg, dah sampai mana termenung tu? Kot ye pun nak menghafal lafaz, takkan sampai taknak turun kereta? Kami sume ni dah nak kering dah bejemur bawah panas dok tunggu hang,” kawan baikku Samad berdiri disebelahku sambil mengipas – ngipas dengan kopiah putihnya.
“Eh, dah sampai ye? Hehehe, aku ingat jauh lagi. Relaks la bro,” aduh, macam mana aku boleh tak perasan. Nak cover line punye pasal, aku cepat – cepat keluar dari kereta dan sedekahkan senyuman kat semua ahli rombongan.
Kakakku merangkap mak adam terjun, tergesa – gesa datang mengheret tanganku dibawa ke sebatang paip air.
“ Cepat ambil wudhuk. Pasni akak nak touch-up kau sikit. Kita dah lewat ni,” aku tanpa banyak soal terus mengikut arahan kakakku.
Selesai aku bersiap, kami melangkah beramai – ramai menuju ke rumah pengantin perempuan dalam alunan selawat ke atas junjungan rasulullah S.A.W. Debaran dihati hanya tuhan yang tahu. Semua skrip lafaz yang aku hafal dah hilang entah kemana.
Perkara pertama yang aku asyik fikir sekarang cuma nak habis cepat – cepat dan selesai dengan selamat. Sepatutnya perancangan keluarga aku, kami akan bermalam dihotel berdekatan rumah bakal mertua aku tapi disebabkan aku yang tak berjaya mendapatkan cuti seperti perancangan, terpaksalah rancangan itu diganti dengan suasana penuh kelam – kabut ni.
Kalau ikutkan penat, nak je aku minta tunda lagi sehari hari perkahwinan. Tapi alamatnya kalau aku buat macamtu aku jadi bujang lapuklah agaknya.
Perkara ke-2 yang berputar dalam benakku sekarang adalah siapa dan bagaimana agaknya rupa bakal isteri akuni. Selepas pertunangan kami, beberapa kali juga aku minta untuk mengenalinya tapi keluarga aku cuma katakan sabarlah, bukan lamapun bertunang, 5 bulan je. Tapi yang sebenarnya ini semua gara – gara dia yang tak nak jumpa aku selagi belum akad nikah.
Tapi sebenarnya walau apapun rupanya, aku akan terima dengan terbuka. Lagipun aku yakin dengan pilihan abang iparku. InsyaAllah tiada masalah. Lagipun, semua ini dah Allah tentukan. Abang iparku cuma Allah jadikan sebagai pengantara agar aku bertemu dengan jodohku ini. Itulah kuasa Allah yang maha bijaksana.

VERSI AQILAH AFIQAH :
“ Sah,” menitis air mataku tatkala mendengar ucapan tersebut dari semua saksi akad pernikahanku. Shadu yang amat jiwa ini.
“ Syukran ya Allah. Hari ini Kau kurniakan satu lagi nikmat kebahagiaan buatku. Semoga Kau berikanlah barakah ke atas perkahwinan kami dan suburkanlah kami dengan zuriat yang soleh dan solehah,” aku melafazkn doa lalu meraup tanganku kewajah.
Biarpun kini aku bagaikan memikul sebuah tanggungjawab yang berat dibahuku, satu perasaan yang damai dan bahagia bagaikan membelai perasaanku.
“Dah tua rupanya adik ayong ni. Dah jadi isteri orangpun,”bisik kakak sulongku; Kak Ilah, yang sambil mengusap perutnya yang sedang memboyot. Aku sekadar tersenyum sambil menyapu air mata gembira yang masih berbaki dipinggir mataku.
Afif Aslah, itulah gerangan insan yang bakal mengemudi bahtera rumah tanggaku. Sebentar tadi aku sekadar mendengar suaranya. Biarpun upacara tersebut berlaku di hadapan mataku, aku belum bersedia melihat wajahnya. Aku sekadar memandang sekilas padanya dan lebih memfokus kepada juru nikah yang asyik memberi khutbah dan melaksanakan prosedur – prosedur yang sepatutnya.
Selesai semua itu, pengntin lelaki kulihat bergerak ke hujung ruang rumahku yang telah disediakan untuk beliau menunaikan solat sunat. Aku sekadar berdiam dan cuba menghilangan debar dihati. Ada juga kenalan dan saudara yang mula mengucapkan selamat kepadaku.
“Assalamualikum,” bagaikan nak tercabut jantungku apabila satu suara garau yang agak bergetar memberi salam padaku.
“Waalaikumussalam,” aku mengangkat pandanganku. Tepat pada matanya. Aku berusaha untuk senyum semanis yang mungkin. Buat pertama kalinya kepada insan yang bakal aku cintai.
Eh, macam kenal je mamat ni. Bibir yang baru berusaha untuk tersenyum tiba – tiba aku muncungkan. Secara automatik tangan kananku bertindak. Jari telunjukku kini berada dibibir dan ibu jariku di dagu. Inilah tabiat aku jika cuba mengingati sesuatu.
Pap! Bahuku dipukul oleh Kak Ilah.
“ Ape yang dimenungkan tu? Sekarang upacara batalkan wudhuk lah adik oi,” kakakku yang ke-3; Kak Azi, berbisik ditelingaku.

Aku dengan penuh tersipu – sipu baru menyedari semua mata rupanya memandangku. Aduh, malunya.
Aku hulurkan kepadanya tanganku dan aku sambung proses senyumanku yang terbantut sebentar tadi. Cincin emas putih bertahta belian yang diukir indah kini tersarung gah dijari manisku. Tangannya ku kucup penuh ikhlas. Kucupanku itu dibalasnya dengan usapan lembut diubun – ubunku. Satu getaran umpama arus elektrik bagaikan mengalir keseluruh badanku. Bahagia rasanya dengan reaksi suamiku itu.
Kak Azi menghulurkan cincin perak bertakhta permata hijau jernih kepadaku untuk disarungkan ke jari manis suamiku. Dia kulihat tenang dan amat bersahaja. Tangannya dihulurkan padaku lalu dengan bacaan basmallah aku sarungkan cincin itu ke jari manisnya. Aku iringkan senyuman yang paling manis buatnya.
Dia membalas senyumanku dan mengucup dahiku. Aku tertunduk malu. Tiba – tiba dia datang ke sisi telingaku dan membisikkan sesuatu kepadaku.
Aku tersipu dan sekadar menggeleng. Dia dengan nakal mengenyitkan mata kepadaku.
Sanak – saudara yang melihat kami agak tertanya – tanya dengan apa yang dibisikkan kepadaku tetapi mereka sekadar tersenyum dan sama – sama ketawa apabila melihat tindakan suamiku ini.
Tiba – tiba aku rasakan satu perasaan yang berbeza apabila aku memandang suamiku. Mungkin inilah yang akan dirasai oleh wanita kalau memandang suami dia kot. Tak mungkinlah kalau aku dah jatuh cinta kat suami akuni. Baru je hari ini aku jumpa dia.
Biarpun debaran masih kencang dan aku belum benar – benar mesra dengan suamiku ini, aku dah nekad harini aku nak possing puas – puas. Nak pastikan setiap detik yang amat bermakna ini dirakam dan akan dapat aku lihat sampai bila – bila. Dah macam artis sahaja aku rasa harini. Menyilau – nyilau cahaya dari kamera merakamkan detik – detik bersejarah kami ini.

VERSI AFIF ASLAH :
Ya Allah, ramainya manusia. Aku dah terketar gila ni. Kalau nak dibandingkan dengan pesakit parkinson, ketar tangan aku sekarangni lagi kronik. Aduh, macam manalah kalau aku tak dapat jawab nanti ni. Ish, apa aku mengarut ni. Baik aku berselawat banyak – banyak.
Alamak, ayah dia sendiri ke yang akan nikahkan kami. Aduh, nak pengsan dah akuni.
“ Afif, hang jangan malukan anak jantan. Ni lah masa hang nak buktikan kejantanan dan kemachoan hang,” Samad masih sempat memberi kata – kata semangat kepadaku walaupun dalam bentuk berseloroh.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku kini sah menjadi seorang suami kepada insan bernama Aqilah Afiqah. Setelah selesai upacara akad nikah, aku meminta izin untuk melakukan solat sunat.
Terharu rasanya kerana aku telah disediakan ruang untuk solat yang khas disudut rumah. Walaupun masih di ruang tamu, ruang solatku ini telah diasingkan sedikit dan diletakkan tirai sebagai penghadang. Biarpun sekadar ruang yang sempit, tetapi telah dihias indah. Bersyukur aku kerana ini petanda keluarga mertuaku ini mementingkan agama. InsyaAllah nanti tidak begitu sukar buatku untuk menjadi ketua keluarga jika beristerikan wanita yang berada dalam keluarga beragama seperti ini.
Usai solat, aku berdoa penuh mengharap. Semoga perkahwinan ini bakal membawa keberkatan kepadaku dan seluruh keturunanku. Aku berjanji akan cuba untuk menjadi yang terbaik. InsyaAllah aku akan praktikkan segala ilmu rumahtangga yang pernah ku ketahui.
Aku bangkit dari tempat solatku lalu melangkah penuh debaran ke arah isteriku. Wajahnya belum dapat kulihat. Agaknya dia masih malu – malu kerana sepanjang aku berada di rumah ini, kulihat dia sekadar menunduk dan memandang juru nikah sahaja.
“Samad, juru nikah ni hensem sangat ke?” aku sempat membisikkan soalanku itu kepada samad semasa menanti isteriku selesai menandatangani borang nikah. Samad yang tidak faham dengan soalanku melopongkan mulutnya dan mempoyokan lagi muka sepuluh sen dia.
“Aslah, sekarang upacara bertukar cincin. Akak akan duduk sebelah kau dan bantu kau, Jangan bimbang ea,” kakakku menerangkan perjalanan majlis seterusnya kepadaku.
Aku sekadar mengangguk dan melangkah ke arah isteriku. Dia masih lagi menunduk. Biarpun belum kulihat wajahnya, dia kelihatan ayu dan menawan dengan persalinan bewarna hijau lembut yang sedondon dengan persalinanku.
Salam ku berikan kepadanya sebaik sahaja aku menghampirinya. Dia menjawab salamku dan memandangku. Aik, kenapa plak dia pandang aku macamtu? Aku ada buat silap ke? Eh, kenapa aku rasa macam pernah tengok dia ea? Dalam mimpilah kot.
Isteriku yang agak kelihatan blur tadi menghulurkan tangannya kepadaku. Buat pertama kalinya aku melihat wajah insan bernama Aqilah Afiqah. Dia tersenyum padaku menampakkan ‘ telaga buruknya’ di bawah bibirnya yang tersenyum. Manis senyuman itu.
Dia mengucup tanganku setelah aku menyarungkan cincin kepadanya. Bagi membalas tindakannya itu, aku sekadar mengusap lembut ubun – ubunnya. Aku membacakan doa dari surah yusuf yang diajarkan oleh ustazku semasa kursus perkahwinan yang lalu. Aku juga berdoa agar isteriku ini sentiasa dalam rahmatnya, menjadi isteri yang soleh dan bakal menjadi ibu yang baik buat zuriat kami.
Kini tiba giliran dia menyarungkan cincin kepadaku. Aku menghulurkan tanganku. Dia menyambut lembut tanganku lalu menyarungkan cincin ke jari manisku. Aku mengucup dahinya. Dia kulihat tertunduk malu. Tiba – tiba aku rasa ingin mengusiknya lalu aku bisikkan ke telinganya sesuatu.
“ Taknak balas ciuman suami ke?”dia menggeleng dan makin tertunduk. Kulihat mukanya mula kemerahan. Mungkin malu dengan usikan ku itu. Makin manis kulihat wajahnya.
Dia memandangku dengan senyuman, ku hadiahkan kenyitan buatnya. Akupun tak tahu sejak bila aku jadi nakal macamni. Takpe, menggatal dengan isteri aku je. Rupa rupanya ramai orang yang perasan usikanku itu. Malu juga bila tersedar tapi aku buat muka macho je. Mana boleh aku mengalah.
Bahagia melihat dia tersenyum begitu. Betullah kata kakak iparku sebelum ini bahawa isteriku ini wajahnya amat menenangkan. Memang sejuk mata memandang.
Walau apapun, aku berharap senyuman itu bakal aku kekalkan diwajahnya hingga akhir hayatku. Kerana isteriku ini adalah amanah dariNya buatku. InsyaAllah.
...bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan