Label

Rabu, 24 Ogos 2011

Sebenarnya Cinta ( 5 )

VERSI AQILAH AFIQAH :

Penat seharian meraikan majlis ‘sambut menantu’ di rumah mertuaku amat berbaloi kurasakan apabila aku disambut dengan senang hati dan amat meriah oleh mereka.

Sebaik sahaja tiba di rumah mertuaku tadi, aku dan suami diarak dengan kereta kerbau. Kebetulan pula warna persalinan kami silver dan hitam. Dah jadi macam sedondon je dengan kulit kerbau yang membawa kami. Ditambah pula kerbau itu dihias cantik.

“ Cun lah kerbau kat kampung abang ni,” aku sempat mengusik suamiku sewaktu dia bersusah – susah membantuku turun dari ‘kereta’ itu apabila kami tiba di hadapan rumah mertuaku.

Kami sama – sama ketawa kecil. Sempat juga kami berpossing dengan kerbau yang cuntu. Aku lihat ramai juga tetamu yang berebut – rebut untuk mengabadikan kenangan bergambar di atas kereta tersebut.

Rumah mertuaku ini ku kira saiznya hampir sama dengan saiz rumahku. Dihadapannya terdapat kolam ikan dan taman kecil. Dalam telahanku, itu mungkin ruangan rehat keluarga.

Khemah makan lelaki dan wanita diletakkan berasingan. Bagi khemah makan keluargaku pula telah diletakkan label dan berhampiran dengan meja makan pengantin.Tanggapan pertamaku, nampaknya mereka menghargai keluargaku seperti mana mereka menerimaku dengan penuh meriah pada hari ini.

Aku dan suami dibawa terlebih dahulu ke ruang tamu untuk acara berkenal – kenal dengan keluarga suamiku. Sesak juga ingatanku untuk mengingati setiap ahli keluarganya yang teramatlah ramai. Ibarat seluruh susur galur suamiku berkumpul hari ini. Malah suamiku telah memaklumkan bahawa keluarganya sememangnya akan datang tidak kira dimana berada jika sekiranya sanak – saudara mengadakan keraian.

Ketika ku melangkah ke rumah yang menjadi tempat suamiku membesar itu, insan pertama yang menyambut salamku dan mengucup pipiku adalah ibu. Dia ku lihat mengalirkan air mata. Katanya terlalu gembira kerana akhirnya aku datang juga ke rumahnya. Aku benar – benar terharu mendengar kata – kata ibu itu. Bagaikan terbayang kembali peristiwa 3 tahun lalu.

Mujurlah suamiku merangkul pinggangku untuk membawaku duduk di pelamin yang disediakan, jika tidak mesti makin jauh menungku.


VERSI AFIF ASLAH :

Aku terharu dengan adik – beradikku yang benar – benar memberi sokongan kepadaku buat kali ini. Tidakku sangka majlis yang mereka sediakan untuk meraikan aku dan isteri semeriah ini. Jika diimbau kembali sambutan mereka semasa aku dan Zalia;bekas tunangku, tiada sebegini. Malah boleh dikatakan hanya aku yang beria – ria dalam segalanya. Mujur juga mereka begitu, jika tidak pasti lagi besar tamparan yang kami terima.

Isteriku ku lihat ceria dan langsung tidak mengeluh apabila diminta melakukan apa – apa sepanjang majlis berjalan. Ibu yang amat susah menerima menantunya sebelum ini berindak agak luar biasa. Isteriku depeluk dan diciumnya seperti terlalu rindu dan telah lama tidak ketemu.

“ Ibu, Afi nak juga,” aku sempat menyakat ibu. Ibu sekadar tersenyum dan mengucup pipiku.

“ Jaga anak ibu ni baik – baik tau. Suami yang berkuasa dalam rumah tangga. Bukan bermaksud suami sahaja yang dapat membuat keputusan tetapi suami yang perlu menjadi pentadbir. Jika gagal pentadbir, maka gagallah rumah tangga,” ibu berbisik semasa mengucup pipiku.

“ Terima kasih ibu,” aku terharu dengan kata – kata ibu itu. Tetapi hanya itu yang mampu aku lafazkan pada ketika itu. Bersyukur tidak terkira apabila ibuku menganggap isteriku ini sebagai anaknya sendiri. Alhamdulillah.

Majlis kami berakhir pada pukul 5 petang. Aku dan isteri solat asar berjemaah dan sekadar berehat sahaja selepas itu memandangkan semua aktiviti mengemas diuruskan oleh sanak – saudaraku dan pihak katering.


VERSI AQILAH AFIQAH :

Selesai solat, aku bersiap – siap untuk keluar membantu sanak – saudara suamiku mengemas. Pada asalnya suamiku melarang tetapi disebabkan aku yang berseungguh – sungguh akhirnya dia akur juga dengan kehendakku.

“ Ibu, buat apa tu? Apa yang boleh saya bantu?” aku menghampiri mertuaku yang kulihat sedang kusyuk mengira – ngira pinggan mangkuk di dalam beberapa biji bakul.

“ Ibu tengah semak jumlah pinggan yang dipinjam dari Mak Lang ni. Kejap lagi nak gi hantar rumah dia,” aku sekadar mengangguk.

Pekat betul loghat pahang dia. Mujurlah suamiku sekadar menggunakan bahasa Malaysia standart. Kalau tidak, pening juga setiap hari nak cuba faham.

“ Ibu tempah katering dari Mak Lang ke? ,” aku bertanya lanjut memandangkan aku difahamkan oleh suamiku bahawa majlis hari ini sepenuhnya disediakan oleh katering.

“ Tak. Ibu pinjam pinggan ni persediaan kalau tak cukup pinggan yang katering sediakan. Maklumlah, Mak Lang kan anak ramai jadi dia memang dah ada pinggan mangkuk siap – siap. Lagipun memang kalau keluarga kita buat kenduri, Mak Lang akan pinjamkan pinggan mangkuk ni. Takpe, nanti kita pergi sama – sama ke rumah Mak Lang ea,” ibu memegang pahaku ketika bercakap.

Aku menghadiahkan senyuman dan mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan ibu. Wajah ibu yang agak berusia itu kulihat masih berseri walaupun ku tahu dia amat penat seharian melayan tetamu. Malah dia masih sabar melayan setiap pertanyaan aku. Aku rasakan seperti telah lama mengenali ibuku ini.

Aku membantu ibu menyediakan sedikit juadah untuk dibawa bersama apabila ke rumah Mak Lang nanti. Beruntung juga aku berada di dapur bersama – sama ibu, sekurang – kurangnya kini aku telah tahu makanan kegemaran suamiku. Tapi aku minta ibu rahsiakan dari suamiku berkaitan pertanyaanku itu.


VERSI AFIF ASLAH :

Berbunga rasanya hati ini apabila melihat kemesraan ibu dan isteriku. Pada awalnya aku ingin menyertai mereka tetapi tiba – tiba timbul rasa ingin mendengar isi perbualan mereka. Maklumlah, aku bukanlah benar – benar mengenali isteriku, mungkin dengan mendengar perbualan mereka aku dapat mengetahui perkara yang belum pernah aku ketahui sebelum ini.

Kebetulan dapur keringku itu ibu hiaskan dengan sebuah tirai yang membolehkan aku menyorot dibaliknya. Maka aku memilih untuk duduk betul – betul di bahagian yang membelakangi isteriku. Sememangnya dari posisi itu aku dapat mendengar segalanya dengan jelas.

Nampaknya perbualan mereka sekadar berkaitan keluarga aku. Dari pertanyaan – pertanyaan isteriku jelas menunjukkan dia cuba mengenali keluargaku.

Ada juga kadang – kadang ibuku tersilap tafsir pertanyaan isteriku dan memberi jawapan yang berlainan dari soalan. Namun isteriku kedengaran seperti sekadar mengiakan. Mungkin tidak mahu mengguris hati ibu. Aku tidak dapat menahan ketawaku. Mujurlah mereka tidak mendengarnya.

Hampir setengah jam aku begitu. Setelah berasa penat, aku berhasrat untuk beredar dari situ dan menyertai mereka. Tetapi tiba – tiba isteriku menanyakan satu soalan yang membuatkan aku rasa gembira sangat. Dia bertanyakan makanan kegemaranku. Rupanya dia masih mengingati kata – kataku sebelum ini.

Dengan hati yang keawan – awangan, aku beredar ke ruang tamu menghampiri sanak – saudara.


VERSI AQILAH AFIQAH :

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Aku menyisir rambutku setelah selesai mengeringkannya. Terasa lega dan segar setelah air telaga yang dingin menyirami badanku sebentar tadi. Agak lama juga aku bersiram tadi.
Walaupun suamiku berleter kerana aku selalu mandi lewat malam, aku tidak mengendahkannya.

Hajat dihati sekadar ingin membersihkan badan sekadar yang boleh sahaja tetapi apabila bertemu air telaga yang dingintu, aku bagaikan tidak tersedar hampir setengah jam aku mandi. Mujurlah tiada orang yang menunggu giliran.

Ketika aku berjalan menuju ke bilik, aku bertembung dengan ibu dan abah.

“ Afi dah tidur Iqah? Kenapa dia tak teman kau mandi malam – malam macamni?,” abah bertanya.

Ibu ku lihat sekadar berdiam. Mungkin menanti jawapanku.

“ Abang tengah rehat. Alah bukan jauh pun bilik mandi tu abah, ibu. Lagipun Iqah yang tak bagi abang ikut tadi. Biarlah dia rehat,” aku menjawab sambil tersenyum.

Sebenarnya akupun tidak pasti apa yang suamiku sedang lakukan. Harap – harap suamiku tidak keluar bilik. Bimbang juga kalau tiba – tiba nanti terkantoi yang suamiku sebenarnya tengah mengajuk sebab aku tidak mendengar cakapnya tadi. Hehehe.

“ Abah ngan ibu taknak tidur lagi ke?,” aku menyambung dengan pertanyaan. Dengan harapan mereka tidak bertanya lanjut berkaitan kami.

Hampir sepuluh minit juga aku bersoal jawab dengan ibu dan abah tadi. Mujurlah akhirnya mereka meminta diri untuk masuk tidur.

Tiba – tiba lamunanku tentang peristiwa tadi terganggu apabila terdengar deheman dari suamiku. aku segera berpaling ke arahnya.


VERSI AFIF ASLAH :

Hasratku untuk melelapkan mata terbatal apabila tiba – tiba bau harum yang menyegarkan menusuk hidungku. Rupa – rupanya bau isteriku yang baru selesai mandi. Aku berpura – pura tidur. Dia kulihat tidak segan menukar pakaian dan bersiap – siap. Mungkin dia benar – benar percaya yang aku sedang tidur. Nampaknya berjaya juga lakonan akuni.

Aku sengaja memeluk bantal dan meletakkan berhampiran mukaku bagi memudahkan lakonan aku. Aku lihat isteriku termenung dan tersenyum seorang diri. Pada asalnya aku sekadar membiarkan tetapi rasa ingin tahu yang membuak – buak menyebabkan tanpa aku sedar aku berdehem dan bangkit dari tidur.

Satu perasaan tidak senang terbit dari hatiku. Aku sendiri tidak pasti apa yang aku rasakan sebenarnya.

“ Teringatkan sape tu?” aku bertanya kepada isteriku yang ku lihat agak terkejut.

Dia sekadar tersenyum dan menghampiriku.

“ Abang marah sayang lagi?” persoalanku tidak dijawab.

Aduh, lupa yang aku mengajuk dengan dia tadi. Macam mana aku boleh cair cepat sangatni.

“ Marah? Ada ke? Tak ingatpun,” aku cuba berdalih. Tidak mahu memberi peluang kepada isteriku menganggap aku mudah mengalah.

“ Jom tidur. Mesti abang dah penat. Abang,” nampaknya isteriku tidak mahu melayan kerenahku malam ini.

Aku sekadar berdiam. Fikiranku sekarang ini kosong. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Aku sekadar memandang isteriku yang sedang duduk bersimpuh di tepiku. Tanganku yang masih memeluk bantal diambilnya perlahan – lahan dan dikucup.

“ Abang, maafkan sayang kerana belum memenuhi sepenuhnya tanggungjawab sayang,” dia kulihat memandang tepat ke mataku.

Aku masih berdiam. Aku sekadar membiarkan tanganku berada didalam pegangannya.

“Abang, abang menyesal mengahwini sayang?” aku terperanjat dengan persoalan isteriku itu.

Kenapa dia bertanya begitu. Adakah dia tidak bahagaia denganku? Adakah dia sebenarnya terpaksa menerimaku. Adakah tadi dia teringatkan kekasih hatinya? Adakah kedinginannya selama ini kerana hatinya bukan untukku?

Aku menarik tanganku dari genggaman isteriku.

“ Tidur ea. Penatlah,” aku tidak menjawab persoalannya. Setelah
memberi kata ringkas itu aku memalingkan badanku dan menarik selimut.

Aku tidak pasti bagaimana reaksi isteriku. Aku lagi tidak pasti kenapa aku jadi begini malam ini. Akhirnya aku melemparkan segalanya jauh dari fikiran dan memaksa mataku untuk lena ke alam mimpi.


VERSI AQILAH AFIQAH :

“Jangan menangis Aqilah. Kau kuat. Kau mesti kuat. Jangan tunjuk kau lemah,” aku cuba memberi dorongan kepada hatiku sendiri tetapi gagal.

Hari – hari gemilang dalam hidupku rupanya terlalu singkat. Kenapa ini yang terjadi. Belum sampai seminggu aku bergelar isteri. Kenapa mesti ini yang terjadi. Bukankah baru siang tadi aku dilayan bagaikan puteri.

Aku menyapu air mata yang tidak putus – putus mengalir di pipiku. Dadaku terasa senak dan sesak. Mungkin kerana aku menahan tangisan.
Apa salahku? Adakah sampai begini marah suamiku hanya kerana aku berkeras mahu mandi tadi? Salahkah jika aku mahu sentiasa indah pada pandangan matanya? Aku sekadar membersihkan diri sebelum bersama suami. Adakah itu satu kesalahan?

Perlahan – lahan aku turun dari katil. Ku capai jubah lalu ku kenakan ke badanku bagi menutupi baju tidurku yang khas ku belikan untuk dipakai hanya dihadapan suamiku. Tuala yang di sangkut di tepi tingkap aku gunakan untuk menutupi kepalaku. Hasrat di hati mahu ke bilik air bagi mengambil wuduk. Hanya itu yang terbaik kurasakan.

Aku sedaya mungkin menahan senduku. Khuatir didengari isi rumah memandangkan sepi malam membolehkan sesiapa sahaja terdengarkan senduku. Bimbang juga jika mereka mentafsirkan dengan pelbagai andaian nanti.

Aku menunaikan solat sunat tasbih. Mujurlah di rumah ini terdapat bilik solat jadi dapatlah aku bersolat tanpa mengganggu sesiapa. Di tikar sejadah aku memuji kebesarannya dan melepaskan segala gusar di hati. Seusai solat sunat tasbih, kusambung pula dengan solat sunat taubat. Mungkin ini kifarah di atas kesilapan – kesilapanku yang lalu.

Akhirnya aku tidak mampu lagi menahan esakan. Jika siang tadi aku rasakan aku berada di sebuah taman yang amat indah, kini aku rasakan aku tersepit di gua yang amat kelam. Bagaikan separuh nafasku dibawa pergi. Saat ini aku terlalu rindukan keluargaku. Terlalu rindukan pelukan ibu yang mendamaikan jiwaku. Terlalu rindukan ayah yang membuatkan aku ketawa saat aku berduka. Rindukan usikan adik – adikku yang menghiburkan saat aku lara. Rindukan semuanya.

Perit sangat hati ini bila mengingatkan saat suamiku menarik tangannya dan berpaling dariku. Aku terbaring di sejadah dalam tangisan.


VERSI AFIF ASLAH :

Aku terjaga dari tidur apabila jam berdering. Aku meraba – raba tempat tidur isteriku. Kosong. Mungkin dia telah bangun lebih awal.

Aku mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Hampir sepuluh minit aku menunggu kemunculan isteriku untuk solat berjemaah tetapi hampa.

Akhirnya aku solat berseorangan. Selesai solat aku membaca al-mathurat dan masih menanti isteriku.

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Isteriku masih belum kelihatan. Mungkin dia telah ke dapur. Tapi kenapa dia tidak masuk bersolat? Mungkin dia bangun awal dan terus solat tadi. Ealah, aku bangun tadipun sudah pukul 6 pagi. Subuh pukul 5.30 pagi.

Atau mungkin juga dia cuti. Entahlah. Aku tidak pernah tahu begitu detail berkaitan isteriku itu. Nama sahaja suami.

Aku malas untuk berfikir lanjut. Tambahan pula hari ini aku berjanji dengan abah untuk membawanya ke pekan. Katanya mahu mencari barang untuk keretanya.

Aku bersiap – siap dan terus mendapatkan abah. Telah menjadi tabiat abah untuk keluar ke pekan seawal pagi dan bersarapan di pekan. Maklumlah, rumah kami ini agak jauh dari pekan dan memakan masa hampir 2 jam.

“ Afi, kau tak bawa isteri kau sekali?” abah bertanya ketika kami mahu bertolak.

“ Takpelah abah. Biarlah dia teman ibu. Kasihan juga ibu berseorangan. Lagipun biarlah dia biasa – biasa dengan rumah kita ni,” abah sekadar mengangguk.

Walaupun hatiku sebenarnya tertanya – tanya ke mana perginya isteriku, aku tetap cuba mengatakan dia sedang berada di dapur bersama ibu. Lagipun, tidak terlintas difikiranku dia melakukan sesuatu diluar fikiranku.


VERSI AQILAH AFIQAH :

Kepalaku yang berdenyut – denyut membuatkan aku terasa berat untuk bangun. Namun mendengarkan alunan azan dari masjid berhampiran, aku cuba gagahi juga untuk pergi ke bilik air. Memandangkan bilik solat lebih dekat dengan bilik air berbanding bilikku, aku mengambil keputusan untuk bersolat di bilik itu sahaja. Tambahan pula aku tidak mahu mengganggu tidur suamiku.

Mungkin selepas solat nanti aku akan lebih bertenaga. Bolehlah aku sediakan sarapan nanti.

Selesai solat, kepalaku masih berdenyut – denyut. Tetapi aku cuba gagahi juga diriku. Aku terus ke dapur. Sekadar mahu melihat bahan – bahan yang ada untuk merancang sarapan yang mahu aku sediakan.
Rumah kelihatan sunyi. Mungkin semua sanak –saudara telah pulang ke rumah masing – masing. Aku sendiri kurang pasti.

Aku sangkakan aku paling awal, rupa – rupanya ibu lebih pantas. Dia kulihat sedang menyiang bilis. Di meja makan. Katanya mahu menyediakan nasi lemak pagi ini. Dia meminta aku menumiskan sambal. Katanya mahu merasa air tangan anak barunya.

Mujurlah aku hanya perlu menyediakan sarapan untuk 4 orang kalau tidak gugup juga. Maklumlah, akuni bukanlah pakar sangat memasak.

“ Nanti siap masak kita makan dulu lah. Abah kau tu kalau ke pekan biasanya terus bersarapan kat sana. Oh ya, Kalau Iqah teringin nak makan masakan orang sini, telefonlah Afi tu. Kat pekan tu macam – macam ada. Kalau kat kampung kita ni nak kena tunggu pasar rabulah. Kamu esok dah nak balikkan?”

Abang ke pekan? Aku tak tahupun. Masih marahkah dia padaku. Terasa sebak sangat dada ini. Tapi seusaha mungkin aku menahan dari mengalirkan air mata di hadapan ibuku.

Cukuplah mataku yang sembab ini yang mungkin menimbulkan curiga.
Selesai memasak, kami sama – sama bersarapan. Gembira aku melihat ibu yang berselera menikmati masakanku. Selesai bersarapan kami ke tanah pula. Ibu membawaku melihat – lihat kawasan rumah.

Banyak pokok buahan yang di tanam di keliling rumah. Sewaktu berjalan di bawah pepohon durian, harum bunga durian menarik perhatianku. Terasa rindu pada rumah. Teringat saat – saat musim durian. Pasti aku dan adik – adik berkejar – kejar mencari durian. Kami akan kumpulkan sehingga banyak dan makan beramai – ramai. Jika rezeki lebih emak akan membuat pengat durian dan mengagih – agihkan kepada jiran.

“Nanti musim durian Iqah balik tau. Kat sini setiap tahun akan ada pesta buah,” ibu menepuk bahuku sambil tersenyum.

Aku sekadar tersenyum. Selain pohon durian, terdapat perlbagai lagi pohon buah – buahan tetapi aku tidak kenali. Maklumlah, aku tidak terlalu mahir dalam mengenali pohon.

“ Assalamualaikum,” kami sama – sama berpaling.

Rupa – rupanya jiran ibuku yang datang bertandang. Ibu mengajak mereka ke dalam rumah.

Selepas bersalaman aku menuju ke dapur bagi menyediakan minuman buat mereka. Sedang aku membancuh air, ibu datang menghampiriku.

“ Kita hidangkan nasi lemak tadilah. Banyak lagikan?” ibu bertanya padaku. Aku mengangguk dan pantas menyiapkan dua pinggan nasi lemak untuk dihidangkan.

“ Iqah, kalau dengar apa –apa atau diaorang tanya apa – apa Iqah senyap je ea. Biar ibu yang jawab. Mereka tu lain sikit,” ibu membisikkan kepadaku.

Walaupun kata – kata ibu menimbulkan tanda tanya aku sekadar mengangguk. Aku membuntuti ibu membawa dulang hidangan.

“ Segak menantu hang. Patutlah hang tak kisah yang dulutu tak jadi,” Mak Minah memulakan bicara semasa kami duduk berhadap.

Aku dan ibu sekadar tersenyum. Walaupun bercampur dengan loghat Kedah, aku masih dapat menangkap maksud kata – katanya.

“ Aku nampak semalam budak tu ada datang juga. Makin cantik dia sekarang,” Mak Joyah pula menambah.

Ibu ku lihat masih berdiam dan sekadar tersenyum.

“ Eh, aku nampak dua – dua datang. Yang sorang tu siap bawa anak lagi. Budak tu lah cucu hang kan? Hang tak rasa nak bela dia ke?” Mak Minah bertanya sambil ketawa.

Wajah ibu ku lihat berubah merah.

“ Alah Senah, aku buat lawak ja. Hang janganlah naik angin,” Mak Joyah kelihatan gelabah.

Ibu masih membisu tetapi memberi isyarat agar aku masuk.

“ Makcik, saya masuk dalam dulu ea. Nak masak untuk makan tengah hari,” aku cuba berbahasa dengan mereka.

Walaupun aku bimbang untuk meninggalkan ibuku dengan keadaan begitu, sebagai orang baru dan tidak mengetahui maksud perbualan mereka, aku akur juga dengan permintaan ibu itu.

Aku melupakan perbualan mereka dan menyediakan bahan – bahan untuk makan tengah hari. Ku lihat terdapat ayam dan daging di dalam peti sejuk. Aku keluarkan untuk menyah beku. Sementara itu aku mengemas – ngemas dapur yang sebenarnya memang telah sedia bersih.

“ Makcik balik dulu ea. Hang ke yang masak nasi lemak tadi. Sedap. Terima kasih lah ea,” dua tetamu itu sudah mahu beredar rupa – rupanya.

Ibuku kulihat telah kembali senyum. Walaupun hatiku meronta – ronta mahu mengetahui maksud perbualan mereka, aku mengalah juga. Biarlah, aku tidak mahu kerana ingin tahu, mertuaku terguris hati.


VERSI AFIF ASLAH :

Hari ini aku rasakan jiwaku tidak senang. Ada sahaja yang kurang. Akhirnya aku menghubungi ibu. Bertanyakan keadaan isteriku. Ibu katakan dia sedang memasak di dapur.

Lega rasa hatiku. Tetapi sewaktu mahu memutuskan panggilan tiba – tiba aku terdengar pula suara Mak Joyah dan Mak Minah. Belum sempat bertanya kepada ibu kenapa mereka di situ, talian telah terputus.
Mahu menghubungi lagi, aku bimbang mereka bergosip yang bukan – bukan. Tetapi hatiku sebenarnya tidak dapat mengelak dari berasa bimbang.

“ Kenapa Afi? Tu lah. Abah suruh kau bawa Iqah tadi kau taknak. Orang kalau baru kahwin mane ade nak tinggal – tinggal isteri,” sempat lagi ayahku menyakat.

Aku sekadar ketawa kecil. Plastik berisi barang yang dibawa ayah segera ku capai. Walaupun kereta kami tempatkan tidak begitu jauh dari kedai tersebut, agak kasihan jika sekiranya bapaku terpaksa membawa barang – barang itu sendiri.

“ Afi, tadi abah telefon ibu kau, dia cakap Iqah dah masak. Jadi arini kita balik makan kat rumah la. Abahpun dah beli roti dan air tadi untuk kita alas perut,” abah memberi tahuku sebaik sahaja aku mahu berhenti di gerai kegemarannya setiap kali kami ke pekan.

Aku sekadar tersenyum. Tidak menyangka yang abah lebih memilih untuk merasa masakan isteriku dari masakan kegemarannya di situ.

Bergurindam juga perutku sebelum kami tiba di rumah. Setibanya di rumah, dari pagar rumah kami terbau wangi masakan yang di bawa angin.

“ Tak rugi kita tak berhenti tadi,” abah berkata dalam senyum.
Sebaik sahaja aku menjengah ke pintu rumah, kedengaran suara ibu dan isteriku sedang asyik berborak di dapur. Sesekali terdengar mereka ketawa kecil.

“ Abah rasa mereka belum siap sepenuhnya tu. Kita simpan barang dulu lah,” abah memberi arahan kepadaku sebaik sahaja aku membawa barang – barang yang dibeli keluar dari kereta.

Kami beriringan ke bengkel merangkap stor abah yang terletak di belakang garaj kereta. Kagum aku melihat bilik kecil itu yang sentiasa kemas dari zaman aku kecil lagi. Itulah abah. Sentiasa pentingkan kekemasan dan amat cermat. Aku hanya menerima genetik sifat ayah yang kemas sahaja. Bab cermat aku memang gred G 9 sahaja.

“ Abang dan Afi dah lama balik? Dah makan? ,” ibu menyambut kami di muka pintu sebaik sahaja salam diberi.

Satu kucupan dihadiahkan ke dahi ibu sebaik sahaja ibu selesai mengucup tangan abah selepas bersalam. Itulah perkara yang tidak pernah ibu lupa setiap kali berpisah atau bertemu dengan abah.
Mengalahkan aku yang baru berkahwin lagak mereka.

Memandangkan kami belum bersolat, abah mengajak aku, ibu dan isteriku untuk solat bersama. Usai berjemaah, kami menikmati hidangan tengahhari yang disediakan oleh isteriku. Bangga aku mendengar pujian yang tidak henti – henti daripada abah tentang keenakkan masakan isteriku itu.

Hatiku bukan sekadar gembira, malah kembali tenang. Tenang kerana melihat insan yang aku sayangi itu kembali senyum padaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan