Label

Khamis, 11 Ogos 2011

Sebenarnya Cinta ( 4 )

VERSI AQILAH AFIQAH :

Hembusan bayu meyapu lembut ke pipiku. Damai dan tenang sekali hati ini melihatkan keindahan hamparan pantai yang indah bersih diserikan lagi dengan kegembiraan para pengunjung yang bersantai.

Rupanya kejutan buat kami hari ini adalah untuk bertemu dengan semua sanak – saudara. Jika kakak – kakak dan abangku dahulu emak dan ayah yang membawa mereka, kami terpaksa pergi hanya berdua. Apa alasannya aku sendiri tidak diberitahu.

“ Waalaikumussalam. Ada kat pantai. Iqah bawa abang Aslah tengok – tengok pantai. Ya, kami dah pergi semua rumah saudara macam yang mak cakap tu. Tak pe, kami mungkin balik lambat sikit, mak makanlah dulu ea. Baik mak. Assalamualaikum,” nampaknya rehat kami tidak boleh begitu panjang. Emak sudah mula bertanya bila kami mahu balik.

“Kenapa sayang?” suamiku bertanya sambil mengucup tanganku.

“ Mak tanya dah pergi semua rumah belum dan bila nak balik makan,” ku menjawab ringkas.

“ Sayang, kita makan kat luar boleh? Abangpun nak juga rasa date dengan awek abangni,” suamiku cuba membuat muka sedih meraih simpatiku.

“ Boleh tapi abang kena bagi tahu sendiri kat mak dan ayah yang kita makan kat luar. Pandai – pandailah ya abang mengayat,” aku mengenyit mata tanda mengusit suamiku. Dia senyum dan mencapai telefonnya.

Aku membiarkan suamiku berbicara ditelefon. Sementara itu aku terus melayan perasaan sambil menikmati keindahan pemandangan petang ini.


VERSI AFIF ASLAH :

“ Sayang, nak makan apa malamni?” aku mencuit hidung permaisuriku sebaik sahaja selesai berbicara melalui telefon.

“ Mana – manapun boleh. Yang penting abang suka,” isteriku menjawab dengan senyuman.

“ Ok, sayang bawa je mana – mana gerai yang paling kerap ayah bawa sayang pergi. Abang nak cuba masakan air tangan orang Terengganu ni,” isteriku sekadar mengangguk dan memberi isyarat untuk sama – sama menuju ke kereta.

Aku menghalang dengan menarik tangan isteriku. Dia hanya menurut. Lantas aku membawanya kedalam dakapanku. Ku palingkan isteriku menghadap ke laut.

“ Sayang, abang nak walau di manapun sayang tengok matahari terbenam, abang nak sayang ingat detik – detik ini. Abang minta maaf sebab tak dapat bawa sayang ke mana – mana untuk honeymoon. Tapi..”
Belum sempat aku berkata – kata, isteriku telah memintas.

“Abang, honeymoon tu bukan penentu kebahagiaan. Yang penting buat sayang, abang terima sayang seikhlas hati abang sampai bila – bila,” dia memandang tepat ke mataku

Kulihat matanya sedikit berlinang. Aku yakin, kata – kata yang dia luahkan adalah ikhlas tanda tulusnya dia menerimaku sebagai suami.
Kucupan ku hadiahkan di dahinya tanda terima kasih yang tidak ternilai.

“ Jom kita beredar. Hari dah makin gelapni. Kita solat dulu kat masjid berhampiran, nanti sayang tunjukkan kedai,” dia memaut tanganku lembut dan kami beriringan menuju ke kereta.

Dingin bayu laut kami tinggalkan dengan penuh bahagia di hati.


VERSI AQILAH AFIQAH :

Barisan pelanggan yang menanti giliran membeli makanan memukau suamiku. Kedai makan yang ku kunjungi ini telah menjadi kunjungan aku dan keluarga sejak aku kecil lagi. Malah kata emak, sewaktu ayah dan emak baru berkahwin lagi kedai ini telah wujud.

Bermula dengan sebuah warung kecil di tengah pekan kecil, kini menjadi sebuah restoran yang agak besar. Paling membanggakan, ia merupakan perusahaan anak melayu turun temurun. Kata ayahku, kedai ini kualiti perkhidmatan dan kelazatan tidak pernah merosot dan paling penting, harganya sentiasa berpatutan.

Suamiku meminta nasi kerabu dan nasi dagang. Aku pula sekadar meminta nasi ayam. Kata suamiku, dia mahu pengalaman pertama memakan makanan tersebut di negeri asalnya adalah bersama insan paling bermakna dalam hidupnya.

Terharu mendengar kata – kata suamiku. Dalam hatiku semakin penuh dengan kekaguman terhadap suamiku. Dia benar – benar cuba untuk mengambil hatiku.

“Abang, kita belum order airlah. Saya panggilkan…”belum sempat aku memanggil pelayan, suamiku menghalang.

“Kita cuba makan tanpa minum air dulu ea. Nanti baru kita munum. Kalau tidak nanti kita kenyang dengan air, macam mana nak habiskan makanan,” dia menjawab berkata sambil tersenyum lebar.

“ Mesti abang bimbang tak habiskan? Hehe. Ok, sayang order untuk sayang je ea,” sekali lagi aku dihalang.

“Mana boleh, kalau abang tak minum, sayangpun tak boleh minum,” dia masih berkeras.

Akhirnya aku turuti permintaan suamiku. Sebenarnya aku tidak begitu kisah jika makan tanpa air kerana aku telah biasa minum air hanya setelah 30 minit selesai makan. Bukan kerana diet tetapi kerana nak jimatkan masa. Hehehe.

“Semua sekali RM12,” selesai makan, kami terus ke kaunter pembayaran. Berjaya juga kami tidak minum setitik pun air.

Suamiku yang pada asalnya bimbang tidak dapat menghabiskan makanan akhirnya makan hingga menjilat jari. Siap ditambah dengan laksam lagi semangkuk. Kalau sebulan berterusan macamni, aku rasa berkali gandalah naik berat suamiku ini.

“Apa yang tersengeh sorang –sorangtu? Taknak kongsi dengan abang?” rupa – rupanya kelakuanku diperhatikan oleh suamiku yang sedang memandu.

“Takde pape. Abang, air,” aku cuba berdalih dengan menyuakan air mineral yang sememangnya tersedia di dalam kereta.

Ku suakan air dengan penyedut minuman dengan berhati – hati kerana suamiku itu sedang memandu. Dia meneguk sedikit dan mengucapkan terima kasih.

“Pandai ubah topik ea. Takpe, abang nak denda sayang. Sayang kena masak makanan kegemaran abang bila kita balik umah kita nanti.” aku tergamam.

“Nanti sayang tanya sendiri ibu apa makanan kegemaran abang dan sayang kena masak sedap – sedap,” aku sekadar berdiam mendengar arahan suamiku itu.

Takpelah, demi suami tersayang. Sayang? Betul ke aku dah mula sayang dia?
Suasana diam tiba – tiba dikejutkan dengan deringan telefonku.

“ Assalamualaikum. Ea mak. Kami dalam perjalanan. Belum sampai lagi. Kenapa mak? Owh, baiklah. Nanti kalau ada pape lagi mak bagitau lah ea. Jangan lambat sangat,” aku memandang suamiku sebaik sahaja panggilan diputuskan.

“Abang, kita pergi pasaraya sekejap boleh? Perlu cari beberapa barang untuk dibawa ke rumah ibu esok.” Suamiku sekadar mengangguk menandakan boleh.


VERSI AFIF ASALAH :

Parking kelihatan penuh. Hampir 10 minit kami sekadar berlegar – legar kawasan pasaraya tersebut bagi mendapatkan tempat.

“ Sayang, ini kali terakhir abang cuba cari tempat. Kalau tak dapat juga, sayang turun cari barang, abang jaga kereta. Boleh?” aku cuba mencari ikhtiar.

Isteriku sekadar mengangguk walaupun ku lihat wajahnya sedikit berubah apabila mendengar cadanganku tadi.

Nasib tidak menyebelahi kami. Tiada satupun ruang kosong buat kami. Akhirnya isteriku keluar berseorangan menuju ke dalam pasaraya tersebut. Aku hulurkan wang buatnya namun dia menolak dan melangkah pantas. Aku memandang isteriku melangkah sehingga hilang dari pandangan mataku.

Ku lihat ramai pengunjung yang hadir bersama keluarga. Kata isteriku, pasaraya ini sememangnya penuh setiap hari tanpa mengira hari cuti atau tidak. Mungkin kerana di negeri ini masih belum banyak pilihan pasaraya besar menyebabkan orang ramai lebih suka datang ke sini kerana mempunyai banyak pilihan.


VERSI AQILAH AFIQAH :

Aku terpaksa bersesak – sesak bagi mendapatkan barangan. Agak lama aku tidak menjejakkan kaki ke pasaraya ini. Kali terakhir rasanya semasa aku masih di tahun 2 pengajian. Itupun bersama emak dan ayah. Tidak banyak kelainan yang berlaku. Namun dapat kulihat orang ramai masih tetap setia mengunjungi pasaraya ini.

Lamunan tadi ku lemparkan jauh ke tepi setelah menyedari yang aku meninggalkan suamiku didalam kereta. Akhirnya aku pantas melakukan pemilihan barang – barang yang berkaitan.

Telah menjadi tabiatku, aku akan ke rak coklat bar bagi melihat harga cokalat – coklat kegemaranku. Nampaknya mahal harganya di sini. Aku letak kembali coklat tersebut dan melangkah ke kaunter pembayaran.

“ Semua sekali RM 250,” juruwang menyatakan jumlah pembelianku. Baru sahaja aku ingin menghulurkan wang, tiba – tiba.

“ Dik, tambah yang ni juga ea,” coklat bar yang kulihat di rak tadi kini berada di atas kaunter.

Aku tergamam. Rupa – rupanya suamiku kini berada di sisiku. Ku lihat dia keluarkan dompetnya lalu mengeluarkan kad debitnya. Duit ditanganku ditolaknya dan dia mengarahkan aku menyimpannya.

“ Degil betul isteri abang ni,” dia membisikkan ketelingaku sambil memandangku tajam. Ku sekadar diam dan membantu dia memasukkan plastik barang – barang kami ke dalam troli.


VERSI AFIF ASLAH :

“ Kenapa sayang letak balik coklat bar masa pilih tadi?” sebaik sahaja keretaku bergerak, aku memulakan persoalan yang bermain di benakku.

“ Mahallah. Biasanya RM 6 je tadi RM 7.80. Coklattu murah kalau ada promosi. Menunjukkan harga asalnya bawah dari RM 6. Itu yang sayang letak baliktu. Membazirje. Lagipun itu cuma nafsu, bukan keperluan,” isteriku memberikan penerangan panjang lebar kepadaku. Aku sekadar mengangguk. Agak kagum dengan pemikiran isteriku itu.

“ Dah lama ea abang perhatikan sayang? Kenapa tak datang dekat?” kini gilirannya pula bertanya padaku.

Aku sekadar senyum dan meminta dia mengambil minuman yang ku belikan tadi. Dia sekadar akur dan diam setelah persoalannya tidak dijawab.
Hampir 10 minit perjalanan, kami sampai ke rumah mertuaku. Jam menunjukkan 9 malam. Kelihatan keluarga isteriku sedang berkumpul di ruang tamu sambil berbual – bual. Kepulangan kami bagaikan dinanti – nanti oleh semua.

Riuh rendah anak saudara kami bersorak girang apabila isteriku mengeluarkan makanan ringan buat mereka. Biarpun sekadar 6 orang, bising mereka mengalahkan satu kelas budak – budak. Hujung bulan depan insyaAllah bertambah lagi dua. Kak Izan; isteri abang Iman dan kak Ilah sedang sarat mengandung.

“ Iqah dan Islah dah makan belum?” emak bertanya sebaik sahaja selesai kami mengangkat barang – barang.

“ Dah emak. Emak, tadi ibu ada telefon. Dia kirim salam kat emak dan ayah. Dia tanya berkaitan rombongan kita esok. Pukul berapa dijangka sampai.” Perbualan kami berterusan dengan pelbagai lagi topik.

Aku begitu senang dengan keramahan keluarga mertuaku ini. Bagaikan telah lama aku mengenali mereka.

Isteriku dan kakak – kakak iparku telah hilang ke dapur bagi menyiapkan barangan yang hendak di bawa esok.

Malam terus berlalu dengan penuh bahagia. Semoga angin yang damai ini akan terus berkekalan untuk esok dan sampai bila – bila .

Bersambung…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan