Label

Selasa, 6 September 2011

cinta itu dariNya

Memilih insan terbaik sebagai teman hidup pasti menjadi impian setiap manusia. tidak kiralah apa jua tafsiran 'baik' bagi individu tersebut. Ada yang menilai baik itu dari agama, ada juga dari akhlak, tidak kurang dari keturunan, mungkin juga dari rupa malah ada dari hartanya.

Malah bermula dari pemilihan pasangan inilah yang bakal menentukan siapa keturunan kita nanti.


Kadang - kadang kita telah diketemukan dengan insan yang sememangnya kita impikan dan harapkan, namun masa yang tidak sesuai membuatkan kita terpaksa menyerahkan ia kepada Allah bagi menentukan benarkah dia milik kita.

wahai insan - insan yang budiman, andai benar dirinya buatmu dan dirimu buatnya serta hatimu ikhlas menerimanya, kesabaran penuh perit yang kau tempuhi hari ini pasti hasil yang manis dipenghujungnya.

namun apakah cara terbaik dalam memberikan kefaham kepada si dia? menangguhkan sesuatu sementara tiba waktu yang sesuai. mungkinkah dia terima sekiranya kita katakan kita menyerahkan segalanya kepada takdir? bentuk apakah penjelasan yang terbaik agar dia menerimanya dan kita tidak kehilangannya?

mungkin itulah persoalan yang bakal dikemukakan saat berasakan dia bakal pergi dari hidup kita jika kita silap membuat keputusan. Apa tidaknya, mencari pasangan ibarat mencari permata di balik silauan kaca.

teman, biarlah permata itu di situ jika dikau belum pasti mampu memilikinya. memang permata itu terlalu sukar untuk dicari tetapi tidak mustahil untuk kau ketemu lagi. usah kerana engkau sekadar memikirkan jalan untuk mencari permata sehingga kau lupa bahawa engkau hanyalah sebutir kaca.

so, sama - samalah up grade diri dulu menjadi permata agar lebih mudah bagimu mencari pasangan permata buatmu.