Label

Ahad, 7 Ogos 2011

sebenarnya cinta (2)

BAB 2

VERSI AFIF ASLAH :
Penat seharian menjadi raja sehari akhirnya tiba dipenghujungnya. Tepat jam 6.30 petang, ruang rumah mertuaku semakin lengang. Hanya sedara mara terdekat dan jiran tetangga yang masih setia terus membantu untuk mengemas segala perkakas majlis tadi.
Selesai solat asar, aku selaku pengantin ditugaskan untuk membasuh kawah dan periuk belanga bersama isteriku. Kali pertama aku ‘bekerjasama’ dengan isteriku ini. Kagum aku melihat ketekunan dan ketangkasan isteriku melakukan kerja. Dari gayanya aku dapat mengagak yang isteriku memang biasa melakukan kerja rumah. Memang menepati isteri harapanku.
“Kalau penat, rehatlah dulu. Dari tadi lagi tak rehatkan?” aku menyapa isteriku yang baru selesai meniarapkan sebuah periuk di atas hamparan kain berhampiranku.
“Takpelah, kita buat sama – sama. Dah nak siap semua pun ni. Lagi cepat siap, lagi cepat kita boleh rehat,” dia mengukir senyuman dan memjawab dengan lembut.
Aku mengangguk dan sama – sama meneruskan kerja membasuh dan mengemas. Alhamdulillah lebih kurang pukul 7.15 malam kami dah siapkan tugas kami.
“Aslah, tinggalkanlah kerja tu dulu. Pergi mandi dan bersiap. Kejap lagi kita berjamaah sama – sama. Kalau kamu ikutkan Iqah tu, sampai esokpun kamu tak boleh rehat lagi,” ayah mertuaku berkata sambil menepuk bahuku.
Ku lihat isteriku hanya menjeling ayah sambil tersenyum. Dia menghampiriku dengan senyuman manisnya.
“ Jomlah masuk bilik rehat dulu. Nanti boleh mandi dan solat berjemaah,” isteriku sekadar mengulangi arahan ayah tadi.
Tiba – tiba aku ingin mengusiknya. Lalu aku menghulurkan tangan dengan harapan dia akan memegang tanganku dan memimpin aku untuk terus ke kamar kami. Agak lama huluran tanganku dipandangnya tanpa disambut.
“Tak sudi..”belum sempat aku menyambung ayat dan menarik balik tanganku ke sisi, isteriku menyambut lembut tanganku. Satu genggaman erat dapat kurasa darinya.
“Kenapa sejuk sangat tangan? Takut?” aku membisikkan ke telinganya. Dia menggeleng dan tersenyum. Biarpun dia kelihatan masih malu – malu, aku berasa senang dengan layanannya itu. Ish, apa yang aku rasani?

VERSI AQILAH AFIQAH :
Aku bersimpati melihat suamiku yang jelas kelihatan penat. Biarpun dia tidak putus – putus bergurau senda dengan keluargaku dan tersenyum, itu semua masih belum dapat menyembunyikan wajahnya yang kepenatan.
Bersyukur aku kerana suamiku ini tidaklah seburuk yang ku bimbangkan. Malah belum kutemu cacatnya setakat ini. Malah apa yang ku bimbangkan sebenarnya adalah diriku yang sebenarya tidak layak buat insan sebaiknya. Tapi, aku perlu yakin dengan takdir Allah ini. Dan aku perlu bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan nanti.
“ Menungkan apa tu? Tadi ajak masuk bilik. Takkan diam je? Kata nak tolong hilangkan penat?” suamiku berdiri dihadapanku sambil menunduk melihat wajahku.
Matanya yang redup itu memandang tepat ke mataku. Tiba – tiba jantungku berdegup kencang.
“Abang, erm awak ,” belum sempat aku berkata apa – apa, tangan suamiku pantas menyentuh daguku.
Wajahku diangkat memandangnya yang sedang berdiri.
“Boleh kita bincang sesuatu?” soalnya dengan muka serius. Aku sekadar mengangguk.
“Sebagai suami, abang mahu menuntut hak pertama abang,” dia sekadar berhenti di situ dan mengalih tempat dengan duduk disebelahku.
Dengan sekadar bertuala, kelakuan suamiku itu agak mendebarkanku. Aku masih diam tanpa respon berkaitan ungkapan terakhirnya tadi. Aku bagaikan terpukau, sekadar diam dan membiarkan suamiku mengambil kedua-dua tanganku dan mengucupnya lembut.
“Sayang, walaupun kita belum pernah bertemu apatah lagi bercinta sebelum ini, abang harap, sayang panggil abang dengan panggilan abang. Ok?” aku lega mendengar hasrat sebenarnya. Tergelak pula aku bila memikirkan yang aku telah tersilap tafsir sebentar tadi.
“Baiklah abang. Tapi, perlu ke abang panggil saya sayang?” aku menyoalnya kembali. Mungkin aku boleh menyesuaikan diri dengan panggilan abang. Tapi dengan membahasakan panggilan sayang didepan keluargaku, aku rasa agak janggal.
“Ya perlu. Amat perlu,” kulihat wajahnya sedikit berubah dengan soalanku tadi. Adakah aku telah mengguris hati suamiku. Ya Allah, maafkan aku. Aku tidak berniat begitu.
Suamiku menarik lembut tangannya dan memberikanku senyuman yang kulihat tidak seceria tadi. Dia cuba untuk bangun. Mungkin ingin ke bilik mandi.
“ Abang, saya mintak maaf,” ku paut tanggannya sebelum sempat dia melangkah. Ku kucup tangannya dengan linangan air mata. Aku takut andai kataku tadi menyebabkan aku menjadi isteri derhaka.
“ Sayang, kenapa ni? Kenapa menangis ni?” suamiku kelihatan bimbang.
VERSI AFIF ASLAH :
Hasratku untuk mandi ku bantutkan seketika apabila kulihat isteriku menangis. Aduh, kenapa ni? Kalau keluarga mertuaku tahu aku dah buat anak mereka menangis, mahu aku kena halau malamni.
“ Abang, saya tak marah abang nak panggil sayang dekat saya tapi, saya segan kalau dekat depan keluarga saya,” isteriku bersuara dalam tangisan.
Aku tidak dapat menyembunyikan ketawaku. Manja rupanya isteriku ini. Hanya disebabkan itu rupanya dia menangis.
“Baiklah. Sebagai permulaan, abang terima permintaan sayang. Tapi janji, kalau kita berdua je, sayang dan abang. Bukan saya. Boleh?” aku berkata perlahan dengan harapan tangisannya akan berhenti.
“Terima Kasih abang,” satu pelukan erat isteriku berikan bersama ucapan itu.
Setelah isteriku benar – benar kelihatan tenang, aku meminta diri untuk ke bilik mandi dan bersiap untuk solat berjemaah. Bimbang juga kalau kami terlambat nanti.
Setelah selesai solat berjemaah, aku diminta oleh ayahku untuk memberi tazkirah pendek. Rupanya abang iparku ada memberitahu ayah bahawa aku mempunyai latar belakang pendidikan agama. Tazkirah ringkas yang kuberikan itu sekadar berkisar ulasan isu semasa dari sudut pandangan islam. Berdebar juga rasanya. Bimbang jika aku tersilap dalam mengupas, maklumlah, keluarga mertuaku ini bukan sebarangan orang.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Solat isya tadi aku imamkan. Biarpun debaran amat memuncak, aku dapat juga mengawalnya sehingga selesai solat berjemaah. Alhamdulillah.
“ Kamu rehatlah dahulu. Esok baru kita berborak panjang. Ayah tahu kamu penat,” ayah mertuaku memberi green light untuk aku tidur awal. Gembiranya, akhirnya dapat juga aku rehat. Memang dah penat sangat – sangat sekarang. Setelah meminta diri dari semua yang ada di ruang tamu, aku melangkah ke bilikku.
“Assalamualaikum, sayang buat…” aku tidak sempat meneruskan kata – kataku itu.
Kali pertama aku melihat insan bernama Aqilah Afiqah tanpa selendang. Dia kulihat sedang mengemas tempat beradu kami.
Baju tidurnya yang bewarna pink lembut itu menyerlahkan kecantikannya. Biarpun badannya sedikit berisi,namun ia tidak mencacatkan malah menambahkan kemanisannya.
“Waalaikumussalam. Sayang tahu abang penat sebabtu sayang masuk lebih awal untuk sediakan tempat tidur abang. Jemputlah,”isteriku menjawab lembut. Aku menghampiri isteriku dan duduk disebelahnya.
“Abang nak tukar baju tak?’ soalnya sambil menunjukkan baju tidur di tangannya. Seingatku, aku tidak pernah ada baju tidur itu.
“Bajuni sayang beli haritu. Masa jalan – jalan dengan mak, mak cakap, perlu beli siap – siap. Agar abang tak susah nak bawa banyak – banyak baju datang sini. Sayang juga ada beli beberapa lagi baju untuk abang. Harap muat. Saiznya sayang beli ikut saiz Abang Iman. Sebab haritu keluarga abang cakap saiz abang macam abang Iman,” terang isteriku panjang lebar.
Aku mengambil baju di tangan isteriku dan mengucup pipinya. Dia tertunduk malu.
“Padan. Terima kasih sayang. Nak tau tak? Ini baju pink pertama yang abang ada. Hehehe,” aku tergelak kecil. Isteriku turut tergelak dan menghampiriku.
“ Baju abangni pasangan kepada baju sayang sebab tu sama – sama pink. Marah ke? Hehehe,” isteriku cuba mengusikku. Aku menggeleng dan menariknya ke dalam dakapanku.
“Tak sayang. Dah pandai usik abang ea,” aku mengucup isteriku perlahan – lahan. Dari ubun – ubun ke lehernya. Kulihat dia membiarkannya.
Tiba – tiba isteriku menolakku dan mencapai jubah dan tudungnya yang tersangkut di dalam almari.
“ Maafkan sayang. Abang rehatlah dulu ea. Sayang dengar mak panggil tadi,” dia melangkah ke bilik air sebelum ke luar dari bilik kami.
Aku cuba mencari silap ku. Adakah aku terlalu gelojoh? Tapi bukankah dia seperti bersedia tadi?

VERSI AQILAH AFIQAH :
“Maafkan saya abang. Saya belum kuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Izinkan saya menikmati kebahgian bersama abang sebelum tiba masa rahsia saya terbongkar. Maafkan saya, saya janji, suatu masa nanti saya akan jujur dengan abang,” aku berbicara sendirian didalam hati.
Biarpun hati seorang isteri menghendakkan aku untuk bercerita sepenuhnya pada suamiku, akalku meminta untuk aku berfikir sejenak. Lantas aku bertindak membawa diri ke bilik air buat sementara waktu. Setelah aku tenangkan diriku dengan berwudhuk, aku keluar ke ruang tamu. Ku lihat adikku ada berbual bersama –sama kakakku.
Aku lantas masuk ke bilik adikku dan mengambil baju sembahyangnya. Aku mahu menunaikan rutinku. Rutin yang telah ayah ajarkan kepada setiap anaknya jika berasa duka. Sejadah kuhamparkan menghadap kiblat. Malam ini mahuku sujud kepadaNya sehingga hatiku benar – benar damai dan kuat. Mahuku luahkan segala yang terbuku dihatiku. Aku yakin, Dia yang mengurniakan ujian ini buatku maka Dialah jua yang lebih berkuasa dalam mendamaikan hatiku dan memberi ilham kepadaku untuk menyelesaikan kekusutan yangku hadapi ini.
“…benarlah kata – kata Allah..” aku akhiri bacaan al-quran dan tafsirku. Pakaian sembahyang dan sejadah kulipat rapi lalu ku simpan ke tempat asalnya.
“ Akak, kenapa solat dan mengaji kat sini? Abang Aslah dah tidur ke? Akak biarkan dia sorang – sorang?” rupa – rupanya adikku; Aisyah Umaira sedang memerhatikan aku. Bertalu –talu soalan yang keluar dari mulut murainya itu.
“ Yup, akak tumpang solat kat sini. Ala bukan ape, saje nak imarahkan bilik Maira yang dah lama tak dibacakan quran,” aku cuba mengelak sambil mencubit pipi tembamnya.
“ Akak ni ada – ada je ea. Orang tengah A.B.C a.k.a Allah bagi cuti. Lagipun orang tak pernah lupalah untuk mengaji selepas waktu asar. Saje je tak nak tunjuk depan akak. Nanti kalau orang tahu dan timbul riak, kuruslah pahala ibadah adik. Rugi tu,”aku ketawa kecil dengan jawapan adikku itu. Inilah adik bongsuku yang agak manja dan gemar membahasakan dirinya sesuka hati.
Dia lebih gelap berbanding adik – beradik yang lain. Zaman kecilnya kami suka mengusiknya dengan mengatakan dia anak angkat, tertukar di hospital dan macam – macam lagi. Pernah sekali dia menangis sampai tertidur. Sekarang kulihat kulitnya semakin cerah dan wajahnya semakin cantik. Itulah kebesaran Allah. Menciptakan manusia makhluk sebaik – baik ciptaan. Dia tidak pernah menyusahkan manusia. Jikapun diuji, pasti Dia jua akan membantu. Cuma bezanya cepat atau lambat.
“Hello, ada sesiapa tak di sana. Erm lebih baik bercakap dengan si putih ni. Adik dah tau dia memang tak dapat nak jawab. Susah betul bercakap dengan pengantin baruni. Asyik mengelamun je,” rupa – rupanya aku telah termenung terlalu jauh hingga tidak perasan yang Umaira bertanya sesuatu padaku.
“Alah, jangan merajuk. Maira tanya apa kat akak tadi?” aku cuba bertanya kembali pada adikku.
“Mai tanya, akak tak nak tidur lagi ke? Orang dah mengantuk ni. Lagipun esok kita ada pogram lagi tau. Ops..” adik aku dah terkantoi. Mesti keluarga aku dah merancang untuk kenakan aku dan suami. Ish apalah agaknya ea.
“Tengoktu, berangan lagi. Dahlah. Orang nak tidur. Selamat malam,” aku ditolak keluar oleh Mai.
Dum! Pintu biliknya ditutup. Aku sekadar tersenyum dengan tindakan adikku itu. Alhamdulillah, terasa damai hati ini sekarang.
Aku melangkah malas menuju ke bilik. Ku lihat lampu bilikku masih bernyala. Seluruh rumahku telah sunyi dan malap cahayanya. Kulihat terdapat beberapa hamparan tilam tersusun diruang tamuku dan beberapa sanak – saudara lelakiku terbaring lena di situ. Jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi. Patutlah dah mengantuk.
Telinga aku dekatkan ke pintu bilik. Cuba mendengar sebarang bunyi. Sepi. Adakah suamiku menunggu aku? Bagaimana untuk aku menghadapnya? Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku.


Bersambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan