Label

Ahad, 7 Ogos 2011

sebenarnya cinta (3)

VERSI AFIF ASLAH :

Isteriku melangkah keluar. Aku biarkan di pergi. Biarlah, jika itu dapat membuat dia lebih tenang. Aku baring dan cuba muhasabah diri. Mengimbau kembali setiap perkara yang berlaku hari ini. Ku teliti setiap inci bilik tidurku. Indah hiasannya. Kata abang Iman tadi, setiap hiasan dan lauk pengantin yang dijamu tadi adalah idea dan hasil tangan isteriku.

Aku terbayang perbualan aku dan abang iparku itu tadi. Sewaktu sama – sama mengemas kerusi dan meja pengantin. Setahuku, meja pengantin ini pihak catering tidak terlibat. Oleh kerana itu kami perlu menguruskan dan mengemas sendiri.

“ Kat rumah ni kami panggil isteri kau tu kakak. Tapi kau nak panggil apepun kat dia jangan bimbang, kami tak halang. Kalau kau nak tahu, diatu suka buat apepun sendiri selagi dia mampu. Katanya kalau mintak tolong dan orang tak dapat buat, dia akan sakit hati, jadi dia akan buat sendiri,” abang iparku memulakan bicara.

“ Pagi tadi dia bangun pukul 5 pagi untuk siapkan bahan lauk pengantin. Lepas solat subuh dia terus masak dan siapkan semua lauk. Jadi pagi tadi orang cuma tolong panaskan, hias dan hidang je. Katanya nak jimat dan tak nak susahkan orang. Pelamin, hiasan rumah, bilik pengantin dan hiasan meja pengantinni dia yang buat sendiri. Dia sanggup pulang setiap hujung minggu ke kampung untuk buat semuani,” panjang abang Iman bercerita. Mendengar dia bercerita sedikit sebanyak membuatkan aku lebih mengenali isteriku ini.

“ Abang, saya rasa bimbang pula jika saya tidak mampu membahagiakan insan sebaik dan sesempurna dia. Apatah lagi saya ni banyak kurang,” aku sempat menyatakan rasa hatiku yang sebenarnya kepada abang iman.

“Kalau betul begitu, terimalah dia seadanya. Janji dengan aku, saat kau lafazkan akad tadi maka kau dah berikrar untuk mulakan buku baru dengan dia dan takkan sentuh buku lama kau mahupun dia. Bulat, segi, leper atau apapun kurang samada dari kau atau dia, kau akan terima seikhlas hati. Ingat, kau ketua keluarga. Kau yang paling berkuasa. Kuasa itu bukan kebanggaan, tapi tanggungjawab dan kebijaksanaan.”

Kata – kata akhir abang Iman akan aku jadikan peganganku. Itulah janjiku.
Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Begitu lama rupanya aku termenung. Rumah yang tadinya kedengaran riuh telah sepi. Sekadar dihiasi suara cengkerik dan tangisan anak kecil. Mungkin meminta diberikan susu atau didodoi.

Aku bangkit dan menuju ke bilik air. Hajat di hati menunaikan solat sunat dan cuba menenangkan jiwa. Dalam pada itu aku tidak dapat menolak rasa tertanya – tanya ke mana isteriku menghilang.

Usai solat aku mengambil tafsir yang berada di atas almari. Aku cuba untuk mengalunkan ayat suci dari mukjizat rasulullah itu dan cuba memahami maksudnya. Moga – moga jiwaku akan tenang dan diberikan kekuatan.

Bunyi pintu di buka membuatkan aku berpaling. Ku lihat isteriku melangkah masuk dengan wajah yang tertunduk. Aku meneruskan bacaan. Bukan sengaja mahu mengabaikan kehadiran isteriku itu tetapi aku tidak pasti apakah reaksi terbaik yang boleh diterima isteriku saat itu. Jadi aku rasa, biarlah aku habiskan dulu bacaanku dan menanti riaksi darinya terlebih dahulu.

“…benarlah kata – kata Allah,”ku simpan tafsir dan sejadah ke tempat asalnya. Ku lihat isteriku sedang menghidupkan ubat nyamuk.

Dia telah kembali mengenakan pakaian tidur tadi. Rambutnya juga telah tersisir rapi.
Aku duduk ditepi katil sambil memandang isteriku. Aku lemparkan kepadanya sebuah senyuman. Ku lihat dia membalasnya. Wajahnya tidak lagi kusam seperti tadi. Alhamdulillah. Tapi, kemanakah dia tadi? Tidak mengapalah, itu tidak begitu penting. Paling utama aku senang melihat senyuman manisnya itu.

“ Sayang memang selalu tidur lewat ea?” aku memulakan perbualan sambil menyapu ruang disebelahku. Tanda menjemput isteriku duduk di sisiku. Dia ketawa kecil dan menghampiriku.

“Terima kasih. Erm nak kata selalu tu taklah tapi kerap jugalah akhir – akhirni. Tengok keadaanlah. Abang?” dia bertanya kepadaku soalan yang sama. Mungkin tiada topik atau mungkin juga cuba untuk mengenaliku.

“ Sama macam sayang juga. Tapi yang lebih kerapnya tidur lewatlah. Sayang kalau tidur dalam gelap atau terang?” aku cuba bertanya bagi mendapatkan kepastian kerana mahu membantu memadamkan lampu.

“Gelap. Abang? Biar sayang yang tutup ea,” dia menarik tanganku sebagai tanda biar dia yang bangun.

“Apa – apapun boleh. Asalkan dengan sayang,” aku menjawab sambil mengenyitkan mata padanya.

“Kalau abang nak tidur ada cahayapun sayang tetap nak tutup lampu. Hehe ,“ dia bangun sambil ketawa.



VERSI AQILAH AFIQAH :
Syukur sangat dengan reaksi suamiku. Tapi aku masih perlu minta maaf dengan kelakuan ku tadi. Biarpun aku belum bersedia menceritakan segalanya, aku perlu minta maaf.

Sebaik sahaja aku padamkan lampu, tangan kasar suamiku memegang lembut tanganku. Aku dipimpin ke katil.

“Abang, inikan bilik sayang. Walau gelap macam manapun, sayang dah dapat hafal kedudukan barang, memang takkan jatuh. Lagipun, mata kitani dah dicipta elok oleh Allah. Memang dapat sesuai dalam keadaan apa sekalipun. Jangan bimbang ea,” aku meyakinkan suamiku apabila dia yang kononnya nak pimpin aku akhirnya dia yang tersadung kerana terlanggar kaki kerusi.

“ Perli abang ea,” dia memegang pinggangku sambil menggeletek. Pada awalnya aku cuba menahan akhirnya berderai pecah ketawaku.

“Ish, apalah anak darani. Ketawa mengalahkan pontianak. Nanti apa plak orang fikir,”suamiku berbisik ditelingaku sambil ketawa.

Ketawaku mati. Tapi aku masih tersenyum sendiri.
“Jomlah tidur. Dah lewatni. Tadi Mai terbagi tahu yang esok mereka mungkin nak kenakan kita,” aku bercakap separuh berbisik kepada suamiku.

Kami sama – sama berbaring. Lega rasanya dapat merehatkan badan setelah seharian tidak berehat.

“Selamat malam sayang,” suamiku memberikan ucapan sebelum dia melelapkan mata.

“Assalamualaikum.”aku memberi salam kepadanya. Tanpa aku sedar aku telah tercium pipi suamiku setelah selesai memberi salam tadi.

Ops..alamak,malunya. Bantal kecil aku ambil dan aku gunakan untuk menutup mukaku. Badan kupalingkan ke arah bertentangan dengan suamiku. Aduh, macam mana boleh tersilapni? Takpelah, suami aku juga, bukan orang lain. Mata yang pada asalnya ku paksa pejam akhirnya perlahan – lahan membawaku ke alam mimpi….

Tiba – tiba aku rasakan bantal peluk disebelahku memberikan rasa haba yang amat menyenangkan. Sejak bila ada orang bagi bantal yang automatik warmer kat aku ni? Atau…


VERSI AFIF ASLAH :

Rupa – rupanya isteriku pergi berbual dengan adiknya. Lega rasanya. Sekurang – kurangnya aku dapat tahu dia ke mana walaupun tidak ku tahui apa yang dibualkan.
Mataku tidak mampu lelap lagi. Biarpun tadi isteriku agak nakal dan aku meruap –ruap ingin membalas kenakalannya, aku tetap berpura – pura telah tidur. Bimbang jika aku tersilap lagi dalam memberi tindak balas.

Tiba – tiba aku berasakan satu perasaan amat sayang kepada insan yang bergelar isteriku ini. Apatah lagi bila mengingatkan cerita abang Iman petang tadi.
Aku ingin cuba memeluknya. Ya, aku mahu cuba. Perlahan – lahan aku alihkan bantal peluk ditengahku. Bimbang mengejutkan dia yang sedang lena dibuai mimpi. Berjaya, mungkin dia terlalu penat. Perlahan – lahan aku menghampirinya. Tiba – tiba di berpaling padaku.

Fuhh…lega. Dia masih tidur rupanya. Aku membantutkan dahulu niat untuk memelukknya. Aku mahu menatap puas dahulu wajah isteriku ini. Indah, cukup indah. Hidung yang mancung,dan alis yang hitam indah terukir secara asli. Masih terbayang matanya yang bercahaya dan tenang serta senyuman yang manis dihias telaga buruknya tadi.
Hampir beberapa minit aku melihat wajah isteriku. Memang betullah kata orang – orang tua, kalau nak kenal orang yang benar – benar cantik, melihat wajahnya yang tidur juga kita masih mengatakan dia cantik. Syukran ya Allah atas kurniaanMu ini.
Perlahan – lahan aku meletakkan tangan ke pinggang isteriku. Dia berpaling lagi. Kali ini membelakangiku. Aduh, macam tau – tau aje.

“Sayang, abang janji akan bahagiakan sayang selagi hayat abang. Dan jika diizinkanNya, biarlah sampai akhirat,” aku berbisik lembut ke telinganya. Aku tidak mengharapkan isteriku mendengarnya. Cukuplah untuk aku yang mengetahui hasrat aku itu. Malah akan aku jadikan sebagai tekad.

Rangkulanku makin kejap. Tiba – tiba naluri lelaki mengkehendakkan aku melakukan lebih dari itu. Tapi aku perlu menghormati isteriku. Aku tidak akan memaksa. Perlahan – lahan aku longgarkan rangkulanku tadi. Tiba – tiba isteriku menggosok – gosok matanya. Seperti telah terjaga dari tidur. Aku lantas berpura – pura tidur.


VERSI AQILAH AFIQAH :
Betul sangkaanku. Ku lihat bantal peluk telah berada dibawah katil. Boleh tahan juga tahap ‘kebuasan’ tidur suamiku ini. Dia sedang lena. Ku lihat jam menunjukkan pukul 4.28 pagi. Masih awal dan aku juga masih mengantuk.

Aku teragak – agak untuk meletakkan kembali bantal atau tidak. Akhirnya aku biarkan tiada pemisah antara kami. Aku betulkan selimut suamiku. Dia berpaling padaku dengan tidur yang masih nyenyak. Aku tersenyum sendiri mengingtakan tindakan spontanku sebelum tidur tadi. Aku kembali baring di sisi suamiku. Kali ini aku baring hampir padanya. Inginku tatap wajahnya sepuas – puasnya.

Perasaan sayang dan kasih bagaikan semakin menebal setiap kali aku memandang wajah suamiku ini. Kasihan suamiku. Sewajarnya malam ini dia berhak menerima apa yang halal baginya. Tetapi….

“Maafkan saya abang. Saya bukanlah isteri yang baik,” aku membisikkan padanya. Tanpa aku sedari, mataku telah mula dibasahi air mata. Bagaikan terbayang kembali sejarahku. Aku beristighfar dan cuba melupakan segalanya. Aku telah berjanji dengan abang Iman yang aku takkan ungkit lagi semua itu sebaik sahaja aku sah menjadi seorang isteri. Ya Allah, bagilah aku kekuatan.

Akhirnya tangisanku berjaya diredakan. Aku cuba untuk menggerakkan badanku membelakangi suamiku tetapi gagal. Rupa -rupanya tangannya telah merangkul pinggangku. Aku tidak sampai hati untuk menggerakkan tangannya. Bimbang suamiku itu terjaga. Lalu kubiarkan sahaja dan menyambung kembali lenaku.


VERSI AFIF ASLAH :
Suara “minah saleh” yang membebelkan waktu semasa seperti yang telah aku setkan mengejutkan aku dari tidur. Dalam mencari telefonku, jantungku berdegup kencang. Kenapa aku rasa lain berbanding hari biasa. Aku sendiri tidak dapat menjelaskan apa yang aku rasakan.

Aku cuba mencari punca kelainan yang aku rasakan, rupa – rupanya aku terjaga dengan keadaan seorang wanita sedang memelukku erat dalam lena. Wanita? Macam mana…
Ya Allah, aku terlupa yang aku telah berkahwin. Hehe… Sayang pula rasanya untuk mengejutkan isteriku. Kerana mungkin selepas ini tiada lagi peluang untuk kami berada dalam keadaan sebegini. Apa tidaknya, jika isteriku terus dingin, masakan untuk aku mendesaknya. Aku tidak akan berlaku zalim dan memaksa dia memenuhi kehendakku kerana itu beerti aku menyiksanya.

Akhirnya ku berikan kucupan di pipi dan dahinya sebelum perlahan – lahan aku alihkan tangannya. Ku bangun perlahan – lahan dan bersedia untuk membersihkan diri.
Hajat di hati aku ingin menunaikan solat sunat terlebih dahulu dan mengejutkan isteriku untuk solat subuh berjemaah sebentar nanti.

Selimutnya ku betulkan. Rambut yang menutupi wajahnya ku sisipkan ke telinga.
“ Sayang, semoga perkahwinan kita akan terus berbahgia dan dalam berkatnya hingga akhir hayat. Abang janji akan jadi yang terbaik buat sayang,” ku bisikkan kata – kata ikhlasku buatnya. Satu kucupan lembut ku hadiahkan di dahi dan bibirnya. Tanda kasihku tulus dan ikhlas buatnya.

Bersambung……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan